PENGENALAN

 

Kursus ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Kursus ini juga meninjau dan membincangkan perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan keunggulan yang berterusan dengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam batasan profesion perguruan.

13.1 ISU FALSAFAH PENDIDIKAN

BY:  WAN ROHAIZAM AIDIL BIN WAN RODZIMAN (D20231105879) 

        LUQMANUL HAKIM BIN MOHAMMAD YANI (D20231105891)






















 




13.2 ISU DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN

 BY: MOHAMAD HAKIMI BIN MOHD YUNUS (D20231105878) 

&

MUHAMAD SHAHRIL BIN AB WAHAB (D20231105898)

















13.3 ISU PENDIDIKAN & CABARAN DI MALAYSIA

 BY: AMIR FARHAN BIN MD RADZI (D20231107935)

Pengenalan

Isu pendidikan dan cabaran di Malaysia merujuk kepada pelbagai masalah yang memberi kesan kepada sistem pendidikan negara tersebut. Ini termasuk cabaran-cabaran yang menghalang akses yang sama terhadap pendidikan yang berkualiti, masalah berkaitan dengan kurikulum, cara pengajaran, penggunaan teknologi, dan perbezaan dalam kualiti pendidikan di antara pelbagai kumpulan sosial, kawasan geografi, atau etnik. Beberapa masalah utama yang kerap dihadapi di Malaysia termasuk:

 

Cabaran & Situasi


Cabaran 1: Pelajaran berfokuskan peperiksaan dan pencapaian

-        Sistem Pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan.

-       Perkembangan potensi individu secara maksimum terhalang.

-      Gagal membnagunkan murid secara holistik, bersepadu, seimbang, dan harmoni dari aspek komponen intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

 

Cabaran 2: Pendidikan berterusan

-        Pembelajaran yang tiada kesinambungan:

I)                 Antara akademik dan kokurikulum

II)               Antara sekolah dan rumah.

-        Pembelajaran terlalu terikat dengan:

I)                 Jadual waktu

II)               Bilik darjah

III)              Kawasan sekolah

IV)             Peraturan.

 

Cabaran 3: Pendidikan bersepadu

-          Murid-murid mempelajari mata pelajaran secara terpisah.

-        Gagal untuk mensepadukan:

I)                 Hubungan antara mata pelajaran sebagai satu ilmu

II)               Pengetahuan mata pelajaran dengan kehidupan

III)              Kefahaman tentang isu-isu dan penyelesaiannya

IV)             Keintelektualan dan aspek keinsanan/kemanusiaan

 

Cabaran 4: Kesejahteraan & kemakmuran

-          Pendidikan menggalakkan persaingan. Hilangnya perasaan kerjasama dan tolong menolong.

-        Hanya murid yang berjaya Sahaja mendapat perhatian, pujian dan pengiktirafan.

-        Sekolah dan rumah merupakan institusi Pendidikan yang berasingan.

-        Guru dan ibubapa tiada komunikasi dan perhubungan untuk sama-sama       membantu Pendidikan murid-murid.

-        Pendidikan di sekolah tidak menekankan aspek kemanusiaan dan   kemasyarakatan.

 

Cabaran 5: Bahasa pengantar

-        Penggunaan bahasa pengantar yang berbeza mengikut jenis SJK (C) dan SJK (T) telah mengurangkan penguasaan terhadap Bahasa Malaysia dan menjarakkan rasa cinta terhadap Bahasa kebangsaan. Bahasa jiwa bangsa. Runtuh Bahasa, musnahlah bangsa. Bangsa Malaysia tidak dapat mendunia.

 

Cabaran 6: Sekolah vernacular

-        Pemisahan murid-murid mengikut jenis sekolah yang berbeza seperti Sekolah Kebangsaan, SJK (Cina) dan SJK (Tamil) membentuk pemikiran yang boleh menjarakkan integrasi kaum. Kanak-kanak perlu dipadukan sejak kecil untuk saling memahami budaya antara kaum melalui aktiviti sosial dan komunikasi.


Cabaran 7: Belajar untuk lebih mengetahui

-         Pendidikan terlalu berorientasikan akademik.

-        Terlalu terikat dengan silibus.

-        Pergantungan ilmu terhad kepada buku teks.

-        Hilangnya keseronokan belajar.

-        Murid dianggap sebagai tin kosong yang perlu diisi.

-        Ruang murid berkreatif dan kritis terhad.

-        Hanya guru yang betul dan bijak.

 

Cabaran 8: Belajar untuk tingkatkan Kemahiran

-        Ilmu dan Kemahiran tidak bersepadu. Contoh murid belajar Bahasa tetapi gagal menguasai Kemahiran berbahasa.

-        Ruang mengamalkan dan mengembangkan Kemahiran terhad.

-        Amalan rutin dan peraturan mengekang perkembangan Kemahiran pelajar. Guru gagal mencungkil dan mengembangkan Kemahiran pelajar.

 

Cabaran 9: Belajar untuk hidup lebih sempurna/baik.

-        Pendidikan gagal memperelokkan pekerti dan akhlak murid untuk menjadi insan yang sempurna.

-        Kekurangan role model untuk dicontohi oleh murid-murid di sekolah.

-        Pengasingan murid-murid mengikut pencapaian melebarkan jurang antara pelajar bijak dan pelajar lemah. Murid terkebelakang terabai, kurang motivasi, kurang keyakinan diri dan mudah putus asa.

-        Pengasingan murid mengikut jenis sekolah melebarkan jurang antara kaum. Murid tidak dapat bergaul dan bertukar fikiran serta membataskan sosialisasi dan toleransi.

-        Pengasingan murid mengikut jantina melebarkan jurang sosialisasi.

 

Cabaran 10: Belajar untuk hidup Sejahtera

-          Pendidikan yang berfokus terhadap akademik telah menghapuskan nilai-nilai   murni dalam pengajaran dan pembelajaran.

-        Pengasingan murid mengikut pencapaian, jenis sekolah dan jantina   membataskan murid-murid untuk berperanan dan memainkan fungsi yang betul   dalam kehidupan dan Masyarakat.

-        Hilangnya kemesraan, kesantunan dan kesopanan dalam Masyarakat.

-        Meningkatkan budaya individualistik dalam kalangan pelajar.


      https://prezi.com/view/9TFUGzwLAAoTVgCU48S4/

        

       


  Rumusan

      Malaysia telah membangun asas yang kukuh untuk kemajuan pendidikan dan bersaing dengan negara-negara maju. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi panduan utama dalam membentuk matlamat pendidikan negara, memastikan harmoni, kesejahteraan, dan kemakmuran bagi masyarakat dengan menitikberatkan nilai-nilai yang luhur. Sistem pendidikan perlu dinamik dan berubah mengikut keperluan semasa demi menyokong falsafah ini. Salah faham tentang dasar pendidikan boleh menimbulkan isu-isu yang merugikan negara, oleh itu semua pihak perlu bersatu dalam menjalankan peranan masing-masing demi merealisasikan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

                                              

Read more

Read more


                                     Previous< < < > >Next                               

         

RUJUKAN 


Zaini Abdullah, 2023, Buku Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Penerbit Pendidikan Sultan Idris.


https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/17/norma-baharu-pembelajaran-dan-pentaksiran-pendidikan/

PERMAINAN ULAR DAN TANGGA (BERDASARKAN TAJUK 13)

GAME ULAR & TANGGA












Draft




Original



CARA-CARA BERMAIN:


1) Setiap pemain mendapat satu minion untuk dimainkan.

 

2) Pemain yang membaling dadu dan mendapat nombor tertinggi memulakan permainan.

 

3) Pemain menggerakkan minion mereka dari kiri ke kanan, bermula pada 1. Selepas mengikut nombor di papan, pemain pergi ke baris seterusnya dari kanan ke kiri dan kemudian pergi ke baris seterusnya dari kiri ke kanan dan mengulangi.

 

4) Nilai pada dadu menentukan bilangan kotak untuk bergerak. Jika pemain melontarkan dadu dan mendapat nilai 3, mereka akan memindahkan minion mereka tiga tempat.

 

5) Jika pemain melontarkan 6, mereka mendapat giliran tambahan. Pemain boleh terus melancarkan enam dan bergerak ke hadapan dalam permainan. Walau bagaimanapun, jika mereka mendarat di bahagian bawah tangga atau di atas kepala ular, mereka mesti menggerakkan minion mereka ke bawah atau ke atas dan kemudian berguling semula untuk mengambil giliran tambahan mereka.

 

6) Jika pemain mendarat di atas kepala ular, minion akan meluncur ke bawah ke bahagian bawah ekornya, mendarat pada kotak di mana ekor itu berakhir. Minion mereka akan kekal di tempat yang sama sehingga giliran seterusnya.

 

7) Minion pemain tidak boleh bergerak ke atas ekor ular.

 

8) Jika pemain mendarat di dasar tangga, minion mereka segera naik ke atas, mendarat di kotak di mana tangga berakhir. Minion mereka akan kekal di tempat yang sama sehingga giliran seterusnya.

 

9) Minion pemain tidak boleh bergerak ke bahagian bawah tangga.

 

10) Tambahan pula sekiranya minion bergerak dan terkena di petak yang ada bom. Maka akan ada kejutan yang berupa soalan-soalan yang dikehendaki untuk menjawab atau  pemain lolos daripadanya. Sekiranya pemain gagal menjawab soalan akan ada penalti yang menanti.

 

11) Pemenang ialah pemain yang membawa minion mereka ke garisan penamat, iaitu, kotak ke-25.


SOALAN(PENALTI):


1. Mengapakah dasar-dasar pendidikan Malaysia sering mengalami perubahan?

A. Pengaruh menifesto politik.

B. Memenuhi kehendak masyarakat.

C. Mengembangkan lagi potensi murid.

D. Mencapai matlamat pendidikan negara.

 

 

2. Mengapakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dijadikan rujukan utama dalam

usaha penambahbaikan kurikulum di Malaysia?

A. Membina insan berketerampilan.

B. Melahirkan rakyat Malaysia holistik.

C. Membentuk rakyat yang bersatu padu.

D. Membangunkan warganegara yang berilmu pengetahuan.

 


3. Mengapakah Revolusi Industri Ke-4 (RI4) tidak selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

I. RI4 tidak berupaya membentuk kesejahteraan diri rakyat.

II. RI4 tidak dapat memajukan ekonomi masyarakat dan negara.

III. RI4 tidak dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni.

IV. RI4 tidak berupaya meningkatkan keupayaan intelektual pelajar.

 

A. I dan III sahaja.                  B. II dan IV sahaja.

C. I, II dan III sahaja.              D. II, III dan IV sahaja.

 

 

4. Berdasarkan pernyataan di atas, aliran falsafah yang manakah di antara berikut mesti dijadikan asas dalam membina kurikulum?

I. Perenialisme.

II. Esensialisme.

III. Progresivisme.

IV. Rekonstruksionisme.

 

A. I dan II sahaja.            B. I dan IV sahaja.

C. II dan III sahaja.            D. III dan IV sahaja.

 

 

5. Manakah perkara berikut telah membuktikan kurikulum kebangsaan mempunyai sifat interdisiplin?

I. Penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum.

II. Penerapan ilmu dan kemahiran dalam kehidupan.

III. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

IV. Pendidikan pelbagai budaya dalam kurikulum kebangsaan.


A. I dan II sahaja.            B. I dan IV sahaja.

C. I, II dan III sahaja.      D. II, III dan IV sahaja.

 


6. Apakah matlamat pembelajaran ciri pendidikan mengikut piawai dunia?

A. Sejarah perlu jitu dari sudut kenegaraan      

B. Melahirkan insan yang cintakan negara        

C. Mendidik dengan falsafah negara lain

D. Memberi pendidikan akademik sahaja

 


7. Kaedah penilaian mengikut piawai dunia adalah satu proses untuk ________dan mengetahui prestasi pembelajaran seseorang pelajar.

A. Memahami             B. Menguji

C. Mengkaji                D. Menilai

 


8. Mengikut piawai dunia sukatan pelajaran dianggap sangat penting bagi guru. Bagaimanakah kaedah sukatan pelajaran yang digunakan?

A. Mengikut sukatan yang dibuat guru sendiri                     

B. Membuat perincian unit-unit kecil mata pelajaran mengikut tahap persekolahan

C. Membuat tajuk secara menyeluruh

D. Mengikut unit-unit kecil mata pelajaran  secara umum

 


9. Apakah hasrat FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)?

A. Membangunkan negara maju                     

B. Mencipta falsafah baharu                         

C. Membantu memperkukuh Pendidikan Malaysia

D. Memupuk insan seimbang dan hamonis

 


10. Apakah empat “tiang pembelajaran” mengikut Pendidikan 
abad ke-21 dan Hasrat UNESCO?

A. learning to be                                            B. Practical

C. learning method                                          D. Bahasa

 


11. Apakah matlamat Pendidikan?

A. Memastikan pendidik berkualiti             

B. Mengubah cara hidup bermasyarakat      

C. Mengemaskini kurikulum

D. Mengembangkan potensi murid dan berketerampilan



12. Apakah akibat jika tenaga kerja tidak mempunyai kemahiran seiring dengan keperluan semasa?

A. Subjek yang digubal berjaya diajarkan     

B. Lulusan pengajian akan memenuhi kehendak industri    

C. Menghasilkan cendekiawan

D. Pendidikan Malaysia tidak mencapai standard negara luar

 


13. Hakikat pendidikan hanya memberi pengetahuan dan kemahiran disekolah.

Apakah tumpuan peperiksaan disekolah?

A. Mengkaji taraf pemahaman pelajar                      

B. Menguji secara kognitif dan psikomotor          

C. Menerapkan sistem persaingan

D. Menghasilkan pendidikan berkualiti

 


14. John Dewey menjelaskan pandangan progressivisme di Amerika, pendidikan adalah penghidupan dan bukan _______untuk penghidupan.

A. persediaan             B. permulaan

C. landasan                  D. amalan

 


15. Manakah pernyataan yang betul?

A. Penggunaan bahasa pengantar yang sama di sekolah SJKC(C) dan SJKC(T) telah mengurangkan penguasaan Bahasa Melayu

B. Penggunaan bahasa pengantar yang berbeza di sekolah SJKC(C) dan SJKC(T) telah menambah penguasaan Bahasa Melayu

C.  Penggunaan bahasa pengantar yang sama di sekolah SJKC(C) dan SJKC(T) telah menambah penguasaan Bahasa Melayu

D.  Penggunaan bahasa pengantar yang berbeza di sekolah SJKC(C) dan SJKC(T) telah mengurangkan penguasaan Bahasa Melayu



16. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,__________ dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

A. Ikhlas            B. Bertanggungjawab

C. Amanah         D. Adil

 


17. Pendidikan 4.0 merupakan sistem pembelajaran yang lebih tertumpu pada ________.

A. Teknologi            B. Sains

C. Perpaduan            D. Bahasa Kebangsaan

 


18. Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Pendidikan berperanan memperkembangkan potensi murid optimum sehingga individu mencapai ke tahap cemerlang. Potensi individu dilihat dari empat aspek iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek (JERI).

 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan potensi individu diatas :

A. Intelek - Mampu mengurus dan mengawal emosi dengan stabil dan lebih matang.

B. Emosi - Memperkembangkan gaya berfikir, bakat serta Kemahiran bersosial.

C. Jasmani - Kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan berdikari.

D. Rohani - Pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian manusia.

 


19. Manakah yang benar berkaitan dengan “Pendidikan Bersepadu” berdasarkan isu Pendidikan dan cabarannya?

A. Sistem Pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan.

B. Murid-murid mempelajari mata Pelajaran secara terpisah.

C. Pergantungan ilmu terhad kepada buku teks.

D. Pembelajaran yang tiada kesinambungan antara akademik dan kokurikulum.

 


20. Antara berikut yang manakah kesan kurangnya penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kepada Masyarakat?

A. Negara menjadi huru-hara      

B. Kos sara hidup semakin meningkat      

C. Bahasa melayu dipinggirkan         

D. Tidak berketerampilan (kurang ilmu pengetahuan)

                                                               

                                                             Previous< < < < >Next                                                              

PENGENALAN

  Kursus ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Ma...