BY: AMIR FARHAN BIN MD RADZI (D20231107935)
Pengenalan
Isu pendidikan dan cabaran di Malaysia merujuk kepada pelbagai masalah yang memberi kesan kepada sistem pendidikan negara tersebut. Ini termasuk cabaran-cabaran yang menghalang akses yang sama terhadap pendidikan yang berkualiti, masalah berkaitan dengan kurikulum, cara pengajaran, penggunaan teknologi, dan perbezaan dalam kualiti pendidikan di antara pelbagai kumpulan sosial, kawasan geografi, atau etnik. Beberapa masalah utama yang kerap dihadapi di Malaysia termasuk:
Cabaran & Situasi
Cabaran 1: Pelajaran berfokuskan peperiksaan dan pencapaian
-
Sistem Pendidikan yang terlalu berorientasikan
peperiksaan.
- Perkembangan potensi individu secara maksimum
terhalang.
- Gagal membnagunkan murid secara holistik,
bersepadu, seimbang, dan harmoni dari aspek komponen intelek, rohani, emosi,
dan jasmani.
Cabaran 2: Pendidikan berterusan
-
Pembelajaran yang tiada kesinambungan:
I)
Antara akademik dan kokurikulum
II)
Antara sekolah dan rumah.
-
Pembelajaran terlalu terikat dengan:
I)
Jadual waktu
II)
Bilik darjah
III)
Kawasan sekolah
IV)
Peraturan.
Cabaran 3: Pendidikan bersepadu
- Murid-murid mempelajari mata pelajaran secara
terpisah.
-
Gagal untuk mensepadukan:
I)
Hubungan antara mata pelajaran sebagai satu ilmu
II)
Pengetahuan mata pelajaran dengan kehidupan
III)
Kefahaman tentang isu-isu dan penyelesaiannya
IV)
Keintelektualan dan aspek keinsanan/kemanusiaan
Cabaran 4: Kesejahteraan & kemakmuran
- Pendidikan menggalakkan persaingan. Hilangnya
perasaan kerjasama dan tolong menolong.
-
Hanya murid yang berjaya Sahaja mendapat
perhatian, pujian dan pengiktirafan.
-
Sekolah dan rumah merupakan institusi Pendidikan
yang berasingan.
-
Guru dan ibubapa tiada komunikasi dan
perhubungan untuk sama-sama membantu Pendidikan murid-murid.
-
Pendidikan di sekolah tidak menekankan aspek
kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Cabaran 5: Bahasa pengantar
-
Penggunaan bahasa pengantar yang berbeza mengikut
jenis SJK (C) dan SJK (T) telah mengurangkan penguasaan terhadap Bahasa Malaysia
dan menjarakkan rasa cinta terhadap Bahasa kebangsaan. Bahasa jiwa bangsa.
Runtuh Bahasa, musnahlah bangsa. Bangsa Malaysia tidak dapat mendunia.
Cabaran 6: Sekolah vernacular
-
Pemisahan murid-murid mengikut jenis sekolah
yang berbeza seperti Sekolah Kebangsaan, SJK (Cina) dan SJK (Tamil) membentuk
pemikiran yang boleh menjarakkan integrasi kaum. Kanak-kanak perlu dipadukan
sejak kecil untuk saling memahami budaya antara kaum melalui aktiviti sosial
dan komunikasi.
Cabaran 7: Belajar untuk lebih mengetahui
- Pendidikan terlalu berorientasikan akademik.
-
Terlalu terikat dengan silibus.
-
Pergantungan ilmu terhad kepada buku teks.
-
Hilangnya keseronokan belajar.
-
Murid dianggap sebagai tin kosong yang perlu
diisi.
-
Ruang murid berkreatif dan kritis terhad.
-
Hanya guru yang betul dan bijak.
Cabaran 8: Belajar untuk tingkatkan Kemahiran
-
Ilmu dan Kemahiran tidak bersepadu. Contoh murid
belajar Bahasa tetapi gagal menguasai Kemahiran berbahasa.
-
Ruang mengamalkan dan mengembangkan Kemahiran terhad.
-
Amalan rutin dan peraturan mengekang
perkembangan Kemahiran pelajar. Guru gagal mencungkil dan mengembangkan Kemahiran
pelajar.
Cabaran 9: Belajar untuk hidup lebih sempurna/baik.
-
Pendidikan gagal memperelokkan pekerti dan
akhlak murid untuk menjadi insan yang sempurna.
-
Kekurangan role model untuk dicontohi oleh
murid-murid di sekolah.
-
Pengasingan murid-murid mengikut pencapaian
melebarkan jurang antara pelajar bijak dan pelajar lemah. Murid terkebelakang
terabai, kurang motivasi, kurang keyakinan diri dan mudah putus asa.
-
Pengasingan murid mengikut jenis sekolah
melebarkan jurang antara kaum. Murid tidak dapat bergaul dan bertukar fikiran
serta membataskan sosialisasi dan toleransi.
-
Pengasingan murid mengikut jantina melebarkan
jurang sosialisasi.
Cabaran 10: Belajar untuk hidup Sejahtera
- Pendidikan yang berfokus terhadap akademik telah
menghapuskan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran.
-
Pengasingan murid mengikut pencapaian, jenis
sekolah dan jantina membataskan murid-murid untuk berperanan dan memainkan
fungsi yang betul dalam kehidupan dan Masyarakat.
-
Hilangnya kemesraan, kesantunan dan kesopanan
dalam Masyarakat.
- Meningkatkan budaya individualistik dalam kalangan pelajar.
https://prezi.com/view/9TFUGzwLAAoTVgCU48S4/
Rumusan
Malaysia telah membangun asas yang kukuh untuk kemajuan pendidikan dan bersaing dengan negara-negara maju. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi panduan utama dalam membentuk matlamat pendidikan negara, memastikan harmoni, kesejahteraan, dan kemakmuran bagi masyarakat dengan menitikberatkan nilai-nilai yang luhur. Sistem pendidikan perlu dinamik dan berubah mengikut keperluan semasa demi menyokong falsafah ini. Salah faham tentang dasar pendidikan boleh menimbulkan isu-isu yang merugikan negara, oleh itu semua pihak perlu bersatu dalam menjalankan peranan masing-masing demi merealisasikan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
RUJUKAN
Zaini Abdullah, 2023, Buku Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Penerbit Pendidikan Sultan Idris.
https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/17/norma-baharu-pembelajaran-dan-pentaksiran-pendidikan/